Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tuesday, December 25, 2012

Life Cycle of Miss Butane

Assalamualaikum..Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmatNya.Ingatlah, disaat kita berseorangan,Allah takpernah tinggal kita walaupun sesaat tapi kita boleh lupakan Allah. Now pkul 3:51 pagi....Skrang,aku dah kembali kepada normal cycle hidup aku iaitu tido lepas maghrib and bngun blik bila midnight tiba. Haha..Agak penat kalau nak sambung study lepas maghrib.Kelas dah la pack, balik jalan kaki.Seriously agak penat la. Bila balik , makan burger. Amboi! Macammana tak gain weight nih... Tapi seriously lapar adalah masalah utama aku disini. Haha..And memasak jadi part time work kat sini. Hahah... Nasib baik pandai masak yang basic.Tak rugi dulu lepas SPM menjejakkan kaki kat dapur..

Kawan aku cakap, lebih dri pkul 2 suku, mesti bunyi orang berlari2 kat tingkat atas. n then we fikir positif bhwa tuh anak orang Arab berlari kebilik mak ayahnya. Fikir positif.. Allah sentiasa ada disisi kita..Amin. Dengan syarat kita kena sentiasa ingat Allah. 

Study malam sambil kunyah limau tambah segelas air nescafe tambah dengan suhu yang sejuk boleh tambahkan mengantuk.Tapi kena kuat la...Midterm tengah tunggu nak jemkan otak nih...Cuak la kot =(... kat sini aku taksempat nk fikir2 apa2....Mesti la teringat kat orng2 di Malaysia . Salam rindu tuk famiy aku. Era, Amy,Tati, Nik. Aishah, Adilah, My deskmate n so on... 

Setiap minggu ada kuiz and exam kat sini.. Agak penat la sebab sllu ada kuiz lepas abis stiap topik..And markah kuiz aku Alhamdulillah takteruk and tak excellent sgt la... Ari tuh dpt tahu carry mark punya physiology...Just dapat 4.5/5 jer..2orang laki je yg dapat full mark ..Aku ni half mark lagi nk dapt full mark..Alhamdulillah la sebab ni carry mark tuk final ...Utk kuiz blood ari tuh, aku dapat la the highest mark...10/15..But my dr.randa said: Markah tuh teruk..Memang teruk pun doc, tak full mark kan =(...

And aku study just bertemankan lampu meja. and akan menambahkan lagi power spec aku.. Takpe , aku save duit nanti kije in future n buat treatment mata dengan Dr.Muhaya.Insyaallah =)


=_)
Tu la lampu meja kesayangan..Warna biru tuh <3

Rabbi yassir Wala TUassir .

Assalamualaikum =)

Wednesday, December 12, 2012

Rindu =(



Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.Ameen.

Post malam ni ditujukan khas untuk dua hero di hati aku . Selamanya-lamanya akan menjadi hero di hati dan satu2nya raja di hati aku , My Baba dan insyaallah bakal putera di hatiku , suamiku . (Allah , first time tulis perkataan nih ). Walau dimanapun jodoh aku berada . Lindungi dia, kuatkan iman dia kerana aku pun nak orang yang terbaik sebagai pemimpin aku kelak. Aku belum tengok rupa dia , semoga dia juga sedang memperbaiki dirinya , dan begitu juga aku. Ya Allah , jauhkan aku daripada maksiat yang menggelapkan hati aku dan dia untuk menerima ilmuMu Ya Allah .Amin...



Mohammad Auzaie Siddiqie                                                    
 Eventhough budak nih nakal. Selalu kena jerkah , marah sampai dia menangis, bila berjauhan dengan budak nakal ni , boleh buat air mata bertakung. Hebatnya kasih sayang Allah tiupkan pada seorang kakak yang garang kepada seorang adik yang nakal ♥



Mohammad Azraie Khatamie
Eventhough budak ni pernah karate aku sampai aku pening satu malam.Sepanjang umurnya , asyik dibebel oleh aku. Topik utama aku bebelkan kat budak ni ialah suruh dia belajar bersungguh2. Sampai ada ketika dia terasa  hati dengan aku kerana dia sangka aku mengatakan dia tak bijak sebab duduk kelas ke 2 dan markah bahasa Inggeris selalu dapat B . Dan bila aku sampai Mesir , akhirnya dia berjaya dapat no1 dalam exam akhir tahun dan akhirnya dilantik menjadi pengawas dan aku tahu dia iri hati dengan abangnya. Haha . Makan jugak motivasi harian yang aku curahkan kepadanya sampaikan masa aku nak berlepas pun aku masih sempat pesan kat budak nih supaya belajar bersungguh . 


Ya Allah , sampaikan salam rinduku untuk dua insan kecil ini . Pimpin mereka kearah sifat mahmudah dan semoga mereka manfaatkan masa muda ini dengan amal kebaikan . Ya Allah . Kakteh rindu Adik dan Abe =)

Thursday, December 6, 2012

Phenomena di Zagazig.. !

Assalamualaikum...Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.. Semoga hati kita sentiasa bersih dan tittik hitam tu takpernah hinggap dalam hati kita..Begitu susah nak berubah jadi jahat. Cuma dalam masa sekelip mata. Tapi andai kita tahu , begitu susahnya ingin berubah ke arah kebaikan kerana syaitan berada dengan kita pada setiap masa dan ketika. Takpernah nak berenggang dengan kita eventhough dalam kita solat sebab tuh kita selalu tak khusyuk dalam solat  . Sedikit tazkirah sebagai pembukaan pada malam ini . 

Suasana di zagazig sekarang kalau nak dikira peratus bahayanya ialah 98% bahaya. Rusuhan berlaku dimana2  dan yang terbaru di gamaah ..Gas penyembur mata merata-rata tempat dan kebnyakan pelajar Malaysia terkena gas penyembur mata. Bberapa samseng upahan bersenjata berada di merata-rata tempat. Insyallah keadaan didalam rumah masih selamat . Keluar rumah hanya bila perlu dan sebaik2nya dtemani oleh musyrif..

Kepada umi dan baba tersayang nun jauh disana . Allah ada untuk melindungiku disini . Insyallah tak ada apa2 yang bahaya yang berlaku . Dan sekiranya berlaku apa2 diluar jangkauan, dan jika disini tempat ku menghembuskan nafas buat kali terakhir , semoga Allah menerimku sebagai seorang syahid dalam menuntut ilmu . Insyallah . Syahid di jalanMu adalah impian utama ku .! Takbir  . Allahuakhbar . !

Sunday, December 2, 2012

Itu perkara biasa...!

Assalamualaikum..

Alah, itu perkara biasa..Perasaan down dalam study tuh amat lah perkara biasa bagi saya... Belajar tanpa rasa down tak best jugak, kena la rasa sekali sekala perasaan down tuh camna kan..Even markah kuiz tak sampai target eventhough diri dia rasa dia usaha bagai nak mati , tapi markah yang dapat cuma secupak bukan segantang? Dia kata kat diri dia come on lah..Baru kuiz je pun .... Dia bagitau mak dia, mak dia cakap "Jangan perah terlalu awal "... Mid term exam tak sampai lagi . Bila mood down itu singgah dalaam hati dia, semoga dia cepat2 ingat Allah  ..Allah tahu dia pernah berusaha,Allah tahu dia pernah berdoa dan Allah tahu dia nak kejayaan itu  . Kalau Allah tak bagi kejayaaan yang dia nak . Mesti ada kejayaan lain yang Allah rancang untuk dia yang sendiri dia tak tahu . 

Pesanan untuk dia, "Macam lah kau takpernah rasa macam mana kecewa bila gagal."...Tak dapat yang ni pun kau dah rasa down giler? Come on la kau ..! Hehe...

Selama kita masih ada Allah , bergantung sepenuh harapan padaNya. Kerana Dia tahu apa yang kita nak. Semoga dalam diri ini akan sedikit2 demi sedikit menyerapnya sifat seorang hamba. Dan seorang hamba itu tidak boleh membuat sedikitpun maksiat. Kerana maksiat itulah yang menghilangkan berkat itu dan menggelapkan hati kita untuk menerima Ilmu Allah .... Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Fill Khair ..=)

Monday, November 26, 2012

Allah Sentiasa Ada....

Assalamualaikum.

Satu benda yang jarang kita nak fikir malah diri saya sendiri . Bila timbul kesusahan, musibah...Saya sentiasa lupa bahawa Allah sentiasa ada . Walaupun takada manusia disisi  kita dikala kita dalam kesedihan atau ditimpa musibah , Allah sentiasa ada dengan . Semoga setiap diri mempunyai sifat kehambaan dan semoga Allah terangi hati kita menerima perkara kebaikan .

Saya diam tidak bertegur sapa tidak tegur dialam maya kerana saya tak nak menyakiti hati sesiapa dengan perbuatan bersifat tidak neutral dan saya tekankan sekali lagi saya taknak menyakiti hati sesiapa dan hati saya masih tidak bersedia untuk menerima perkara itu dan perkataan terbaik nak gambarkan keadaan ini ialah KAWAN sahaja =)

Assalamualaikum. =)

Friday, November 16, 2012

Dimanakah?!


Berpuluh-puluh novel kita habiskan malah siap diulang-ulang dan ulang . Tapi satu buah tafsir kita takpernah habiskan selama usia kita . Dimanakah kedudukan kita pada mata Allah? 

Kadang-kadang perlu bersyukur Allah utuskan orang-orang yang soleh di sekeliling kita . Tandanya Allah masih ingin melihat diri kita sebagai yang lebih baik.

Rabbi Yassir Wala Tuassir...Astaghfirullah Hal Azim .

Malaikat datang sentiasa datang menjenguk kita. Bila ajal kita? Dimana destinasi kita? Dunia sedang bergolak...Masih sempat berfikir untuk melakukan maksiat?? Astaghfirullah . Sama-sama kita memperingati . Lindungi Gaza, kuatkan hati mereka. Hanya doa hanya boleh kami salurkan . Amin. 

Saturday, November 10, 2012

Jaulah Terusan Suez..!

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.Ameen.! 

Today, i just finished the anatomy exam..Oke agak cuak pada awalnya sebab bercampur gaul dengan orang-orang Arab . And alhamdulillah , me n few of my friends disuruh sat for exam in another room. So, takde la bercampur gaul dengan orang arab and tak bercampur dengan lelaki2 melayu  . Haha.. And maka aku jawab exam dengan hati yang  tenang sambil dalam hati menangis sebab certain topics aku tak bagi penekanan and tak hafal pun. Maka keluarlah soalan itu dan kecuakan aku semakin bertambah . Esok adalah cuti . Dan masa satu hari tuh adalah masa untuk baca untk next exam, Phsiology! =)

Entry ini bukanlah nak story panjang2 pasal exam tapi just nak story about one of my jaulah that is "Top12"
(Trip to port said) . Port said ni berdekatan dengan  Alexandria dan berdekatan jugak dengan Trusan Suez. Satu terusan yang pada zaman sekolah dulu aku pernah belajar tentangnya. Dan Allah bagi peluang pda hari tuh untuk aku melalui terusan suez ini dengan feri . Oh,agak lama rasanya tak naik feri doe! 








Top12 main aim dia adalah nak shopping baju winter coat tuk hadapi musim sejuk . Harganya agak berpatutan . Asal nya orang Arab memang letak harga tinggi . Satu winter coat harga 250 genih . tapi stelah penat aku berbargain dengan pak cik arab tuh , dapatlah dua winter coat dengan harga 90 genih and 70 genih. Alhamdulillah =)

Pray for my next exam . Phsiology and Histology coming ! =)